Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria berikut:-

  • Keputusan peperiksaan keseluruhan;
  • Aktiviti kokurikulum;
  • Hadiah lain yang telah diperolehi;
  • Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
  • Berkelakuan baik

Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-

  • Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
  • Wang tunai RM1,000; dan
  • Siji

Kadar bayaran wang tunai telah dinaikkan kepada RM2,500 seorang mulai tahun 1995 dan RM5,000 seorang mulai tahun 2009. Sebanyak 19 buah IPTA dan dua orang graduan bagi tiap - tiap IPTA telah menerima anugerah ini. Seramai 807 orang graduan telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).