Soalan Lazim

S1. Dimanakah terletaknya pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?
J1. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terletak di alamat 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur.

S2. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hanya bertugas/berfungsi sebanyak 3 kali setahun  (Mengumumkan tarikh Permulaan Puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban?
J2. Selain dari tugas-tugas yang disebutkan di atas, fungsi dan tugas – tugas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang lebih terperinci boleh di dapati  di laman ini melalui pautan Profil.

S3. Bilakah Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali yang Pertama diadakan?
J3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali yang pertama telah diadakan pada 18 Februari 1948

S4. Bagaimanakah untuk mendapatkan Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari yang Pertama hingga sekarang?
J4. Senarai ini boleh di dapati di laman ini melalui pautan Sejarah.

S5. Bilakah Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ditubuhkan?
J5. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah ditubuhkan pada tahun 1948.

S6. Siapakah  anggota Majlis Raja-Raja?
J6. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.

S7. Adakah Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri terlibat di dalam Urusan Pemilihan Yang di-Pertuan Agong?
J7. Tidak. Hanya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sahaja yang terlibat di dalam urusan Pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja juga tidak boleh menghantar wakil.

S8. Jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak dapat mengisytiharkan Awal Puasa / Hari Raya Puasa, dan Hari Raya Qurban siapakah yang boleh membuat pengisytiharan tersebut?
J8. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja boleh membuat pengisytiharan tersebut bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

S9. Berapakah jumlah tempat melihat Anak Bulan bagi Penetapan Ramadan, Syawal dan Zulhijah?
J9. Sebanyak 29 tempat di seluruh Malaysia telah diperkenankan untuk melihat Anak Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah.

S10. Apakah perkara-perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja?
J10. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah berkaitan Pelantikan-Pelantikan, Pertahanan, Keselamatan Negara dan Isu-Isu Agama.