Sejarah Cerapan Anak Bulan
Latar Belakang
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 pada 15 dan 16 Mac 1972 telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) meliputi seluruh Malaysia. Sebelum tahun 1972 urusan penetapan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
Cerapan (melihat) anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa seluruh Malaysia dibuat pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bermula saat itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Radio dan Televisyen setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Kaedah Penetapan
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan "Rukyah" (Cerapan Hilal) dan "Hisab" (kiraan).
Rukyah ditentukan melalui pencerapan di kesemua 29 tempat yang disenaraikan Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang). Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika mencerap.
Hisab ditentukan oleh ahli falak dari JAKIM mengikut kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah, iaitu kebolehnampakan hilal atau anak bulan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. Kriteria tersebut berdasarkan persetujuan bersama oleh anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali Ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.
Kaedah Pengumuman Tarikh-tarikh Puasa dan Raya
Mesyuarat diadakan antara Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dengan pihak JAKIM (Bahagian Falak) dan pihak RTM untuk memastikan tindakan seperlunya, termasuk penentuan bahawa bekalan elektrik dan perkhidmatan telekom tidak tergendala pada waktu pencerapan dan untuk urusan pengumuman.
Rakaman pengumuman dibuat dalam dua situasi, iaitu mengandaikan (i) anak bulan kelihatan dan (ii) tidak kelihatan yakni samada Syaaban dan Ramadan berjumlah 29 atau 30 hari.
Urusetia diwujudkan di Pejabat bersama pegawai RTM yang bertanggungjawab dan ahli falak dari JAKIM. Laporan-laporan diterima dari semua pusat pencerapan. Apabila selesai, laporan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan.
Sebaik sahaja titah perkenan disambut, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memberitahu pegawai RTM di Urusetia untuk beliau mengarahkan pengumuman yang bertepatan dilakukan. Biasanya semua tindakan tersebut dapat disempurnakan sebelum jam 8 malam dan oleh itu, upaya diumumkan pada waktu berita RTM.Sila lihat PERIHAL PENENTUAN AWAL RAMADAN 1438H/2017 DI MALAYSIA / KRITERIA IMKANUR RUKYAH / USIA HILAL
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
1. |
|
(Tarikh Cerapan Pertama Kali Peringkat Persekutuan - 7 Oktober 1972) Mesyuarat MRR Yang Ke-92 Pada 16 Mac 1972 |
2. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-111 Pada 1 Jun 1978 (Hari Yang Kedua) |
3. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-123 pada 18 Februari 1982 ( Hari Yang Kedua) |
4. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-129 pada 8 Februari 1984 (Hari Yang Kedua) |
5. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-135 pada 4 Julai 1985 (Hari Yang Kedua) |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
6. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-139 pada 6 November 1986 (Hari Yang Kedua) |
7. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-141 pada 29 Julai 1987 (Hari Yang Kedua) |
8. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-143 pada 17 Mac 1988 (Hari Yang Kedua) |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
9. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-152 pada 8 November 1990 (Hari Yang Kedua) |
10. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-154 pada 13 Jun 1991 (Hari Yang Kedua) |
11. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-160 pada 11 Februari 1993 (Hari Yang Kedua) |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
12. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-170 pada 27 Julai 1995 (Hari Yang Kedua) |
13. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-173 pada 11 Julai 1996 (Hari Yang Kedua) |
14. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-I74 pada 7 November 1996 (Hari Yang Kedua) |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
15. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-185 pada 23 Mac 2000 (Hari Yang Kedua) |
16. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-196 pada 13 Mac 2003 (Hari Yang Kedua) |
17. |
|
*Surat Rujukan : PMM 0018 Jld.8/(65) bertarikh 2 September 2003 |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
18. |
|
*Surat Rujukan : JAKIM / (S) / (3.00) / 379 / 17 / Jld.6 Bertarikh 15 Oktober 2009 |
19. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-210 Pada 15 Mac 2007 (Hari Yang Kedua) |
20. |
|
*Mesyuarat MRR Yang Ke-221 Pada 24 Jun 2010 (Hari Yang Kedua) |
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) |
Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja |
---|---|---|
21. |
|
**Surat Rujukan : (55)dlm.Mufti.Sel.600-9 Bertarikh 16 November 2011 / Penutupan Baitumal Pulau Angsa |
22. |
|
**Surat Rujukan : JAKIM.BPP/(R)/100-02/01/01(18) bertarikh 27 April 2017 |